Image
Kempen Cabutan WOW SSPN 2022

Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini melancarkan Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wan Saiful Wan Jan, Pengerusi PTPTN bertempat di Menara PTPTN yang juga disiarkan secara langsung di Facebook PTPTNOfficial dan Youtube PTPTN TV. Turut hadir Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Mohd Asri Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Encik Mohd Jafni Abdul Jalil, Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Komersial Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB) dan Puan Norazlin Mohd Dahari, Ketua Jabatan Korporat Takaful, Great Eastern Takaful Berhad (GETB) serta Pengurusan PTPTN. Pada majlis yang sama turut diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021 dan Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021.

PTPTN sentiasa memberi fokus utama dalam membudayakan amalan penabungan untuk perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi. Tindakan ini selari dengan Teras Pertama Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 iaitu menjadikan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebagai produk simpanan pendidikan utama di Malaysia. Misi utama galakan penabungan ini adalah untuk memastikan anakanak tidak dibebani hutang setelah tamat pengajian sekali gus mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada pinjaman.

Untuk itu, pelbagai kempen dan promosi terus dipergiatkan bagi menyemarakkan lagi amalan penabungan termasuklah mengadakan Kempen Cabutan WOW! yang merupakan program signature tahunan PTPTN. Dengan tawaran hadiah yang lumayan setiap tahun, cabutan hadiah ini sememangnya sentiasa dinanti-nantikan oleh para pendeposit Simpan SSPN.

Sebelum ini Kempen Cabutan WOW! diadakan khas untuk pendeposit Simpan SSPN Plus sahaja, namun kini buat pertama kalinya cabutan ini turut diperluaskan kepada pendeposit Simpan SSPN Prime. Inilah tanda penghargaan PTPTN kepada semua pendeposit Simpan SSPN. Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN ini juga merupakan simbolik bagi meraikan kejayaan dalam memperkasakan amalan penabungan sempena 25 tahun penubuhan PTPTN.

Hadiah yang ditawarkan juga cukup menarik dan lumayan dengan jumlah keseluruhan bernilai hampir RM1 Juta menanti 350 orang pemenang. Terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu Cabutan Tahunan Jubli Perak, Cabutan Khas Babyku Simpan dan Cabutan Siri. Hadiah utama Cabutan Tahunan Jubli Perak berupa kereta Mercedes-Benz A250 AMG Line. Hadiah kedua berupa wang tunai RM100,000. Hadiah ketiga berupa wang tunai RM50,000. Manakala hadiah saguhati berupa motosikal Honda Dash 125 menanti 22 pemenang. Hadiah Cabutan Khas Babyku Simpan berupa wang tunai RM250,000 menanti 250 pemenang. Manakala hadiah Cabutan Siri pula berupa wang tunai hampir RM200,000 menanti 75 pemenang.

Tempoh promosi bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2022 bagi Cabutan Tahunan Jubli Perak dan Cabutan Khas Babyku Simpan serta 1 April hingga 31 Disember 2022 bagi Cabutan Siri. Untuk menyertai kempen ini, pendeposit hanya perlu membuat simpanan bersih serendah RM50.00 dalam tempoh promosi untuk melayakkan mendapat cabutan. Lagi banyak menyimpan, lagi banyak peluang untuk menang.

Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata “Usaha murni PTPTN dalam memupuk budaya penabungan di negara ini telah bermula pada tahun 2004 dengan pelancaran produk simpanan Simpan SSPN. Kini, menginjak hampir dua (2) dekad di pasaran, produk ini terus berada di landasan kukuh sebagai produk simpanan yang berdaya saing dan setanding dengan produk simpanan lain di pasaran.”

Terdapat dua (2) produk Simpan SSPN iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus. Antara manfaat dan keistimewaan yang dinikmati oleh pendeposit apabila menyimpan melalui Simpan SSPN adalah memperoleh pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful, simpanan dijamin kerajaan, dividen yang sangat kompetitif dan patuh syariah. Lebih menarik, Simpan SSPN Plus turut menawarkan manfaat tambahan seperti perlindungan takaful yang komprehensif sehingga RM1.2 juta dan khairat kematian bagi pendeposit, pasangan dan lima (5) orang anak. Manakala Simpan SSPN Prime pula menawarkan Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk keluarga berpendapatan bulanan tidak melebihi RM4,000 sebulan dan anak yang diterima dan mendaftar masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Untuk terma & syarat, klik di sini.

Penambahan Deposit SSPNi


Untuk penambahan deposit lampirkan RESIT dan NO AKAUN SSPN selepas buat pembayaran ke alamat email  zulkifli_m@ptptn.gov.my  atau whatsapp  EKSEKUTIF PEMASARAN PTPTN untuk SEMAKAN dan CABUTAN  hadiah.
Hadiah mengikut jumlah simpanan deposit.
Image
Image
Image
Image

☛Klik pada link pembukaan akaun 【KLIK SINI】atau ➜ https://www.ptptn.gov.my/esmas-open-acc-web/#/deposit

1. Masukkan No. Akaun SSPN Prime anda,
2. Masukkan amaun deposit anda ke dalam akaun SSPN.
[Nikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan bersama SSPN Prime sehingga RM8000 setahun]

3. Klik pada Hantar

Nota:
Jika ada terlupa nombor akaun SSPN Prime (Nombor SSPN), <Klik Sini>

Untuk makluman, SSPN Prime atau SSPN adalah akaun yang sama sahaja. 

4. Sila buat semakan sekali lagi bagi No. Akaun SSPN anda serta semakan amaun deposit.
5. Pilih salah satu akaun perbankan internet anda.
6. Masukkan e-mail anda.
7. Tick pada check box "I agree with the FPX...."
8.
Seterusnya klik pada "Bayar dengan FPX"
Tahniah, Deposit anda telah "BERJAYA".

Resit 1: Dipaparkan selepas pembayaran deposit selesai pada PTPTN Payment Gateway.

Resit 2: FPX Transaction ini akan dihantar melalui email anda. Semak peti masuk (inbox) email anda.


*Nota Penting: Sila cetak / simpan / screenshot paparan "Urusniaga PTPTN Payment Gateway" & "FPX Transaction" untuk simpanan atau rujukan akan datang
.
Langkah 5
Rujuk dibawah ini...

Kaedah 1 : E-mail

Tajuk E-mail: Pengesahan Deposit SSPN FPX
Alamat E-mail: zulkifli_m@ptptn.gov.my
Nota: Sila lampirkan / attach resit "Urusniaga PTPTN Payment Gateway atau FPX Transactionyang telah disimpan/ screenshot  pada Langkah 4, serta No. Kad Pengenalan (IC) Pendeposit (tanpa simbol "-") dan hantarkan terus pada e-mail diatas.

Kaedah 2: Whatapps

Tajuk Whatapps: Pengesahan Deposit SSPN FPX
No Whatapps: +6013 - 4211554
Pautan Link WA: http://www.wasap.my/60134211554
Nota: Sila lampirkan / attach resit "Urusniaga PTPTN Payment Gateway atau FPX Transactionyang telah disimpan/ screenshot  pada Langkah 4 serta No. Kad Pengenalan (IC) Pendeposit (tanpa simbol "-") dan hantarkan terus pada no. tel. whatapps diatas.

Pengesahan Deposit

Nota: Selepas anda menghantar slip deposit (langkah 4) kami akan memberikan penyata terkini berserta pengesahan penambahan deposit yang anda lakukan.

Makluman: Jika anda terlupa untuk simpan resit 'URUSNIAGA PTPTN GATEWAY' (langkah 4) anda boleh berikan resit FPX Transaction Status yang dihantar melalui email anda serta No. Kad Pengenalan (IC) Pendeposit dan hantarkan salah satu kaedah diatas.

Langkah 5

Lakukan Pengesahansegera Deposit Anda!

Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan SSPN.

Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN-i untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa;

Ibu bapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 seorang setahun;

Ibu bapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun; dan

Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan taksiran cukai.
Image
Image
Image